Sunday 10 June 2007

How To Deposit Fund for Forex?

Salam sejahtera semua. Agak lama gak aku rasa tak post kat blog nie oleh sebab internet down selama seminggu kat sini(area rumah aku). Dan kebelakangan ini aku dapat respond tentang keperluan asas yang perlu ada untuk memFOREX. Ada yang bertanya, camne nak deposit duit?camne nak bawa keluar duit?kena ada paypal ke tak?Oklah..untuk memulakan trading di forex menggunakan Marketiva apa yang kalian perlu buat/ada ialah:

1.Sign up Marketiva
2.Buka akaun E-gold (Untuk deposit & bawa keluar duit kalian)

Mungkin step 1 tiada masalah dan step 2 mungkin menimbulkan tanda tanya kepada kalian semua. Apa itu e-gold?Bagaimana nak buka akaun e-gold?apa kelebihan e-gold?;mungkin itulah antara persoalan yang timbul dalam fikiran kalian semua.

Egold adalah sejenis HYIP salah satu sistem matawang elektronik yang berdaftar di bawah nama E-gold Ltd oleh ahli dewan perniagaan Nevis yang disokong oleh 100% bar emas yang tersimpan. <--Segala maklumat tentang e-gold boleh didapatkan di sini di bawah link "What is e-gold?" dan konsep penggunaan e-gold tidak jauh bezanya dengan penggunaan perbankan online yang lain seperti Maybank2u dan CIMB dan bezanya ialah duit yang tersimpan dalam akaun e-gold berdasarkan kepada gram(berat) emas semasa.

Boleh di katakan setiap orang yang ingin berforex mesti mempunyai akaun egold. Seperti juga sesiapa yang terlibat di ebay perlu mempunyai paypal. Ya, kalian semua boleh menggunakan kaedah lain seperti wiretransfer untuk deposit atau membawa keluar duit kalian. Tetapi ia memerlukan prosedur yang melecehkan dan cas perkhidmatan adalah mahal. E-gold adalah penyelesaian yang terbaik dan termurah untuk memindahkan duit kalian kerana ia boleh dilakukan secara cash deposit atau online transfer menggunakan bank-bank tempatan seperti Maybank2u.

Secara ringkasnya, e-gold adalah perantara untuk kalian memasukkan duit kalian ke akaun forex kalian. Setelah kalian berjaya membuka akaun e-gold, kalian mesti membeli gold(emas) mengikut harga emas semasa. Untuk membeli e-gold ada beberapa cara:
1.Beli emas daripada penjual egold*
2.Deal dengan sesiapa sahaja yang ingin menjual egold**

Begitu juga sebaliknya, jika kalian telah berjaya dalam forex dan mempunyai duit dalam akaun forex, kalian boleh transfer ke akaun egold kalian dan menjualnya kepada:
1.Pembeli egold*
2.Deal dengan sesiapa sahaja yang ingin membeli egold kalian**
*biasanya penjual akan menjual dengan harga yang mahal dan membeli dengan harga yang murah (juga dikenakan service charge)
**
berhati-hati dengan cara ini, dinasihatkan supaya melakukan jual/beli egold dengan individu yang benar-benar boleh dipercayai.

Beberapa perkara lagi yang kalian perlu tahu tentang e-gold:
1. e-gold mempunyai caj transaksi iaitu setiap transaksi dikenakan caj 1% setiap USD tetapi maksimum satu transaksi hanya $0.50 dan setiap tahun juga akan dikenakan pemotongan ke atas akaun egold kalian untuk membayar kos penyimpanan emas kalian
2.e-gold berkadaran dengan harga emas semasa yang sentiasa berubah-ubah dan yang tetap hanyalah gram emas tersebut. Ini bermakna jika kalian ingin mendeposit $10 ke dalam akaun forex kalian, sebaiknya beli lebih seperti $11 kerana jumlah emas yang dibeli akan berkurangan disebabkan caj dan mungkin kerana penurunan harga emas semasa.

Sekian dahulu..dan teruskan membaca

1 comments:

Anonymous said...

Kalau mau lebih gampang harus punya akun Paypal dan Credit Card. Banyak broker yang menggunakan itu.