Saturday 7 July 2007

Saje-saje dan bersahaja

Hari ini ialah hari sabtu. Sabtu dan Ahad ialah hari yang berehat-rehat. Tapi bosan gak hari minggu nie. Sebab market forex tak berjalan pada hari minggu. hoho..Tapi sepanjang minggu lepas, market memang diluar jangkaan. Pair GBP/USD (GU) dah pecah rekod tertingginya. Kalau sebelum nie, rekod tertingginya 2.0129 tapi, minggu lepas dah sampai 2.0204. Kepada sesiapa yang belum memorex, sekarang ialah masa yang paling sesuai untuk memulakan trading di forex. Sebab apa?he..GU dah sampai kepada maximum resistance pointnya. Dan minggu depan dijangka GU akan masuk gear R lalu melanggar tiang lampu dan reverse dengan bergayanya. Sehingga market ditutup semalam, beberapa indikator hampir menunjukkan signal SELL. Sikit je lagi, tapi kena sabar dan tunggu data minggu depan untuk confirmation. Ye, sabar tu yang penting dalam forex.(aku cube menasihat diri sendiri). Tapi kena jaga2 gak sebab GU ni suka main gile. Aku pon pernah terkena penangan gilanya. haha..tapi, kalau enter trade dengan 10% daripada capital, takde masalah. Margin dan ekuiti masih bleh support lagi smpai profit tu datang.huhu..apela aku punya ayat. Aku sendiri pon tak paham. haha..Sekian edisi bosan..

Wednesday 4 July 2007

Rokok Naik Harga

Hurm..tiap-tiap tahun pun nak naik harga. Kalau boleh, tiap-tiap bulan kot nak naikkan harga rokok nie. Harga nak naik je selalu, kesannya??? Macam takde ape pula. Objektifnya? Macam tak tercapai je. Naikla harga banyak mana pon, tengok bilangan perokok semakin meningkat juga.

“Ia juga dilihat sebagai langkah bijak mengelakkan remaja yang baru menjinakkan diri untuk menghentikan tabiat buruk itu,” dipetik dari Harian Metro

Daripada kenyatan di atas, rasanya langkah naikkan harga rokok taklah bijak untuk mengelakkan remaja baru untuk merokok. Malah rasanya menggalakkan tu mungkin. Kalau dilihat secara logiknya, budak-budak sekolah yang merokok akan mencari partner baru untuk JV merokok. Sebab harga rokok mahal, nak taknak kena beli gak rokok, so mestilah kena rokok secara beramai-ramai untuk share duit nak beli rokok. Kalau harga murah, mungkin boleh je isap rokok sensorang. Memang takde hal la, sebab rokok murah.

Kempen taknak merokok pon nampaknya tak berkesan. Memang takde sambutan pon. Macam kurang kesungguhan je kempen2 ni. Alaa, kempen2 semua ni cuma nak mengaburi mata pihak berkuasa rakyat je. Nak tunjuk kerajaan buat kerja dan ada effort untuk mengurangkan kadar perokok. Mari berfikir secara logik sekali lagi. Duti rokok antara penyumbang terbesar dalam ekonomi negara. Takkanlah nak kurangkan duti rokok, rugila kerajaan. Sebab tu la asyik nak naik je. Alasannya, nak kurangkan bilangan perokok. Tapi kesannya, tak kurang pon bilangan perokok.

“Langkah kerajaan untuk mengurangkan perokok dan mewujudkan masyarakat sihat sedikit saya sokong, namun kenaikan harga rokok ini pasti membebankan mereka yang tidak boleh berhenti merokok,” reff: Harian Metro

Hurm..memang betul pon. Macam mana dengan perokok tegar? Mungkin jawapan anda "berhenti jela merokok!!". Haha..Cakap memang senang, try hisap sebatang tengok macam mana..Kesimpulannya, naikkan harga rokok bukanlah tindakan bijak.


Monday 2 July 2007

PC aku Nak Memory Maya (Virtual Memory laaa)

He..dah lama tak post mende2 pasal PC optimizer. Yela, sebelum ni asyik pk Search Engine Optimizer jek untuk Cabaran SEO ....bla..bla..hehe. Hari ni nak post pulak PCO atau PC Optimizer (Suka2 hati aku jek bagi nama) he. Salah satu cara nak optimize kan performance PC ialah dengan menambah RAM atau nama sebenar beliau Random Access Memory. Kerja dia ialah simpan memory sementara (temporary) dari PC dihidupkan sehinggalah PC di shut down kan. Rasanya semua orang tau kot pasal RAM ni. So, tanak membebel2 pasal RAM. Kalau nak tau gak, tanya cikgu Komputer sekolah masing2. haha..


Nak tau tak? Ada sejenis benda kat PC kalian semua tu yang boleh berfungsi sebagai RAM? Tak tau? Alaa...buat2 tak tau konon. Takpe2 tau ke tak tau ke, aku tak peduli. Nak gak post ceritanya hari ini. Camni, benda tu ialah Virtual Memory. Fungsi die ialah untuk page file daripada RAM. Sebenarnya, bila kita multitasking contohnya, buka program Microsoft Word dan Email secara serentak, RAM akan menyimpan memory2 untuk membolehkan 2 program tu dijalankan dengan lancarnya. Dan bila dah banyak sangat Program nak dibuka dalam masa yang sama, tu yang RAM tinggal ciput je yang tinggal. So, untuk mengatasi masalah RAM yang semakin ciput semasa multitasking, bolehlah di tambah fizikal RAM di slot2 PC yang kosong tu. Beli jela RAM lagi satu, tambah RAM. Ala..duit banyak2 simpan buat apa? beli jela RAM.hehe


Berbalik kepada Virtual Memory tu, apakah itu vitual memory?fungsi virtual memory ialah page file dari RAM. Maksudnya, ia akan mengambil sebahagian daripada memory harddisk komputer untuk menyimpan RAM yang tengah sarat tu. Jadi, RAM yang dah tinggal ciput memorinya tadi pon telah mempunyai lebih ruang memori. Macam mana dan bagaimana nak setkan Virtual Memory?


Untuk meng'set'kan Virtual Memory ni:


1. Klik kanan kat ikon My Computer

2. Pilih Properties

3. Pastu, pilih tab Advanced dan klik pada Setting di bawah tajuk Performance(lihat gambar)



4. Pastu, gambar seperti di bawah pula menyusul, maka pilih Advanced dan klik kat Change di bawah tajuk Virtual Memory


5. Lepas tu, apa lagi? tukar jela nilai Virtual Memory tu mengikut sesedap rasa dan seenak bicara dengan mengklik pada radio button Custom Size


6. Lepas letak initial size dan Maximum size, jangan lupa tekan Set sebelum menekan OK atau nilai Virtual Memory tidak akan bertukar dan kerja anda menjadi sia-sia.

7. Dah settle semua step2, ulang langkah dari langkah 1 restart komputer dan lihatlah hasilnya.

p/s: Aku saje je tak kasi nilai initial size dan maximum size. Cuba teka apakah nilai yang sesuai?hahaha:D