Sunday 8 July 2007

Rahsia..Jangan Beritahu Sesiape Tau.

Aku ada top secret nak bagitawu harini. Pasal cari duit..pencarian aku untuk mencari duit kini telah selesai.Aku dengan kawan2 aku telah jumpa dengan duit tu..Terima kasih di ucapkan kepada teman2 seperjuangan aku yang membantu dalam menyelesaikan misi mustahil (Mission Impossible) ini..




Afick: Penyedia peralatan
Abbad: Perancang utama
John: Pengikut
Pali: Juga pengikut setia
Faiz: Pelaksana rancangan

Yeah!!Misi merompak Hong Leong Bank telah selesai..dan sekarang kami semua telah di mark sebagai WANTED!!nguahahaha...-Entah edisi bosan yang keberapa laa..;D

Kalau Bosan, joomla kita Melukis:D

Ye..hari ini ialah hari paling bosan pernah aku lalui sejak beberape kurun yang lampau tidak mengalaminya. Akibat daripada kebosanan yang dah break out terlampau bosan. Aku pon BUZZ sorang member aku nie budak "Mancis". Lalu aku pon ternampak satu gambar katak yg dia gunakan. Aku dengan bosannye open IMVironment kat YM...Aku pon melukis gamba katak tu ikot sesuka hati aku..bukan lukis je, malah siap kaler lagi..payah tu nak kaler..tak caye?Cube korang try..aku pon hampir kagum dengan diri aku sendiri..hoho
Dan inilah hasilnya....comel tak?haha:^D




Dan aku telah print screen gambar katak tu lalu aku gunakan utk gamba YM aku..Dengan ini, habislah mase bosan aku diisikan dengan perkara melukis2. Lepas nie, kalau ada mana2 contest melukis dan mewarna menggunakan mouse, bagitau aku laaa.. Aku nak masok contest tu.hahahariinisangatbosaaan..

Ini ialah hasil ke berapa pon aku tak tau. Hasil kerja yang aku buat ketika bosan.
Sebelum nie pon ade gak lukis2 guna IMVironment. Macam gambar kat bawah ni:


Dan juga yang ini:


Ada banyak lagi sebenarnya. Tapi mane ntah aku letak. Kang aku letak banyak2, dah jadi portfolio plak. ramai plak orang nak suro aku buat. ngahaha..tp ada rasa cam portfolio plak, sebab aku dengan poyonye letak word SAMPLE besar2 kat badan lemboO tu dan gambar2 yang lain. haha..:D

Saturday 7 July 2007

Saje-saje dan bersahaja

Hari ini ialah hari sabtu. Sabtu dan Ahad ialah hari yang berehat-rehat. Tapi bosan gak hari minggu nie. Sebab market forex tak berjalan pada hari minggu. hoho..Tapi sepanjang minggu lepas, market memang diluar jangkaan. Pair GBP/USD (GU) dah pecah rekod tertingginya. Kalau sebelum nie, rekod tertingginya 2.0129 tapi, minggu lepas dah sampai 2.0204. Kepada sesiapa yang belum memorex, sekarang ialah masa yang paling sesuai untuk memulakan trading di forex. Sebab apa?he..GU dah sampai kepada maximum resistance pointnya. Dan minggu depan dijangka GU akan masuk gear R lalu melanggar tiang lampu dan reverse dengan bergayanya. Sehingga market ditutup semalam, beberapa indikator hampir menunjukkan signal SELL. Sikit je lagi, tapi kena sabar dan tunggu data minggu depan untuk confirmation. Ye, sabar tu yang penting dalam forex.(aku cube menasihat diri sendiri). Tapi kena jaga2 gak sebab GU ni suka main gile. Aku pon pernah terkena penangan gilanya. haha..tapi, kalau enter trade dengan 10% daripada capital, takde masalah. Margin dan ekuiti masih bleh support lagi smpai profit tu datang.huhu..apela aku punya ayat. Aku sendiri pon tak paham. haha..Sekian edisi bosan..

Wednesday 4 July 2007

Rokok Naik Harga

Hurm..tiap-tiap tahun pun nak naik harga. Kalau boleh, tiap-tiap bulan kot nak naikkan harga rokok nie. Harga nak naik je selalu, kesannya??? Macam takde ape pula. Objektifnya? Macam tak tercapai je. Naikla harga banyak mana pon, tengok bilangan perokok semakin meningkat juga.

“Ia juga dilihat sebagai langkah bijak mengelakkan remaja yang baru menjinakkan diri untuk menghentikan tabiat buruk itu,” dipetik dari Harian Metro

Daripada kenyatan di atas, rasanya langkah naikkan harga rokok taklah bijak untuk mengelakkan remaja baru untuk merokok. Malah rasanya menggalakkan tu mungkin. Kalau dilihat secara logiknya, budak-budak sekolah yang merokok akan mencari partner baru untuk JV merokok. Sebab harga rokok mahal, nak taknak kena beli gak rokok, so mestilah kena rokok secara beramai-ramai untuk share duit nak beli rokok. Kalau harga murah, mungkin boleh je isap rokok sensorang. Memang takde hal la, sebab rokok murah.

Kempen taknak merokok pon nampaknya tak berkesan. Memang takde sambutan pon. Macam kurang kesungguhan je kempen2 ni. Alaa, kempen2 semua ni cuma nak mengaburi mata pihak berkuasa rakyat je. Nak tunjuk kerajaan buat kerja dan ada effort untuk mengurangkan kadar perokok. Mari berfikir secara logik sekali lagi. Duti rokok antara penyumbang terbesar dalam ekonomi negara. Takkanlah nak kurangkan duti rokok, rugila kerajaan. Sebab tu la asyik nak naik je. Alasannya, nak kurangkan bilangan perokok. Tapi kesannya, tak kurang pon bilangan perokok.

“Langkah kerajaan untuk mengurangkan perokok dan mewujudkan masyarakat sihat sedikit saya sokong, namun kenaikan harga rokok ini pasti membebankan mereka yang tidak boleh berhenti merokok,” reff: Harian Metro

Hurm..memang betul pon. Macam mana dengan perokok tegar? Mungkin jawapan anda "berhenti jela merokok!!". Haha..Cakap memang senang, try hisap sebatang tengok macam mana..Kesimpulannya, naikkan harga rokok bukanlah tindakan bijak.


Monday 2 July 2007

PC aku Nak Memory Maya (Virtual Memory laaa)

He..dah lama tak post mende2 pasal PC optimizer. Yela, sebelum ni asyik pk Search Engine Optimizer jek untuk Cabaran SEO ....bla..bla..hehe. Hari ni nak post pulak PCO atau PC Optimizer (Suka2 hati aku jek bagi nama) he. Salah satu cara nak optimize kan performance PC ialah dengan menambah RAM atau nama sebenar beliau Random Access Memory. Kerja dia ialah simpan memory sementara (temporary) dari PC dihidupkan sehinggalah PC di shut down kan. Rasanya semua orang tau kot pasal RAM ni. So, tanak membebel2 pasal RAM. Kalau nak tau gak, tanya cikgu Komputer sekolah masing2. haha..


Nak tau tak? Ada sejenis benda kat PC kalian semua tu yang boleh berfungsi sebagai RAM? Tak tau? Alaa...buat2 tak tau konon. Takpe2 tau ke tak tau ke, aku tak peduli. Nak gak post ceritanya hari ini. Camni, benda tu ialah Virtual Memory. Fungsi die ialah untuk page file daripada RAM. Sebenarnya, bila kita multitasking contohnya, buka program Microsoft Word dan Email secara serentak, RAM akan menyimpan memory2 untuk membolehkan 2 program tu dijalankan dengan lancarnya. Dan bila dah banyak sangat Program nak dibuka dalam masa yang sama, tu yang RAM tinggal ciput je yang tinggal. So, untuk mengatasi masalah RAM yang semakin ciput semasa multitasking, bolehlah di tambah fizikal RAM di slot2 PC yang kosong tu. Beli jela RAM lagi satu, tambah RAM. Ala..duit banyak2 simpan buat apa? beli jela RAM.hehe


Berbalik kepada Virtual Memory tu, apakah itu vitual memory?fungsi virtual memory ialah page file dari RAM. Maksudnya, ia akan mengambil sebahagian daripada memory harddisk komputer untuk menyimpan RAM yang tengah sarat tu. Jadi, RAM yang dah tinggal ciput memorinya tadi pon telah mempunyai lebih ruang memori. Macam mana dan bagaimana nak setkan Virtual Memory?


Untuk meng'set'kan Virtual Memory ni:


1. Klik kanan kat ikon My Computer

2. Pilih Properties

3. Pastu, pilih tab Advanced dan klik pada Setting di bawah tajuk Performance(lihat gambar)



4. Pastu, gambar seperti di bawah pula menyusul, maka pilih Advanced dan klik kat Change di bawah tajuk Virtual Memory


5. Lepas tu, apa lagi? tukar jela nilai Virtual Memory tu mengikut sesedap rasa dan seenak bicara dengan mengklik pada radio button Custom Size


6. Lepas letak initial size dan Maximum size, jangan lupa tekan Set sebelum menekan OK atau nilai Virtual Memory tidak akan bertukar dan kerja anda menjadi sia-sia.

7. Dah settle semua step2, ulang langkah dari langkah 1 restart komputer dan lihatlah hasilnya.

p/s: Aku saje je tak kasi nilai initial size dan maximum size. Cuba teka apakah nilai yang sesuai?hahaha:D

Wednesday 27 June 2007

Method 2 - Parabolic SAR

Ye..mari2 semua, ada benda baru hari ni. Ye itu dia..satu lagi indipendent indicator yang bleh kita gunakan untuk menorex hasil2 bumi. Memperkenalkan..Parabolic SAR iaitu sejenis penyakit iaitu Severe Acute Respiratory syndrome, ye kepale hotak aku.haha tak lawak..sebenarnye, aku pon tak tawu ape makne nye, tau gune jek..hehe..

Parabolic SAR ni gunanya untuk menentukan ke 'power' an permulaan sesuatu trend dengan berpandukan titik-titik yang dihasilkan. Macam gambar kat bawah ni:




Nampak titik-titik kaler merah tu?Haa..itulah petanda penyakit SARS telah menyerang Parabolic SAR. Nak keluarkan Parabolic SAR dari tempat persembunyian dia camni, right klik kat carta forex tu, pastu pilih indicators seterusnya pilih la Parabolic SAR. Settle!!! kan keluar bende tu..tahniah kepada diri sendiri kerana berjaya keluarkan Parabolic SAR.

Cara guna dia plak, pepandaila camne korang nak guna pon.hahahariiniharirabu...macam ni la, cuba tengok betul-betul carta tu. Ala..tengok je pon dah tau nak guna kot Parabolic SAR ni. Macam gambar kat bawah ni, beza dengan gambar kat atas ialah gambar kat bawah ni aku dah lukis arrow warna biru,nampak tak?tak nampak sudah:



Arrow atau anak panah tu menunjukkan situasi yang sesuai samada untuk SELL atau pun BUY. Tapi, Parabolic SAR ni kengkadang memang dia gila sket. So, untuk memastikan signal yang ditunjukkan tu betul, tunggulah sampai titik yang ke 3 atau ke 4. Tapi tak boleh gak kalau nak guna Parabolic SAR seorang diri. Sebab kadang-kadang signalnya kurang tepat. Jadi, kenala guna indipendent indikator lain di samping Parabolic SAR tersayang..Paham? tak paham komen..Sekian terima kasih(ade efek bunyi applause).

Sunday 24 June 2007

Lagi-lagi pasal Bicara Jutawan dan Wangcyber

Aduhai..apalah nak jadi dengan sumber media cetak kat malaysia ni. Kononnya nak hidangkan pembaca dengan informasi-informasi yang berguna. Kononnya laa...tapi sekarang ni, "indah khabar dari rupa" (pinjam ayat efun) Lagi-lagi isu melibatkan forum yang berinformasi dan berguna untuk semua iaitu Bicara Jutawan dan WangCyber

Entah apalah yang diorang nak sebenarnya. Publisiti kah? Atau untuk menghasut para pembaca supaya tidak terlibat dengan forum-forum tersebut? Forum-forum seperti yang disebutkan di atas menggalakkan lebih ramai Bumiputera untuk berjaya dan keluar dari RatRace (effect dari kelas cashflow.hehe). Mengapa ada pihak yang seolah-olah cuba menjatuhkan komuniti yang telah diwujudkan nie?kenapa sampai begitu dengki sangat mereka ini?bukankah mereka sendiri telah mempunyai perniagaan dan pelanggan yang tersendiri? Atau mungkin ada dalang di sebalik peristiwa dan kejadian ini? Tak cukup dengan Utusan, sekarang nie keluar pula kat Majalah i keluaran Julai 2007. Ulasan selanjutnya di Pakdi.net

Kesian Member aku Sorang Nie/

Cherita ini asalnya aku baca dari blog member kamceng aku since skolah dulu..Headline post kat blog die tu ialah:

Tertekan!! Aku ditangkap polis.

Aku semalam tak online, so that aku tak taula plak ape jadi kat beliau. tup2 arini aku online jek,sign in YM aku, die bitau "aku baru balik nie, semalam aku masuk lokap", so aku bacela cerita die kat blog http://sangpelangi.wordpress.com
antara petikannya:

———–Siri flashback————–

Entah kenapa, kaki ini terasa diikat bertan-tan besi sewaktu melangkah. Dalam masa yang sama, hati ini meronta-ronta kehendak untuk berjumpa dengan sahabatku. Sesekali melihat fail-fail laporan yang masih terbengkalai, toleh pula pada petak-petak jadual yang semestinya padat. Di tengah-tengahnya adalah wallpaper wajah-wajah sahabat rapatku.

Memandangkan selepas ini tiada kesempatan lagi untuk bersua, dek cuti musim panasku yang bakal terisi dengan kelas tambahan, aku teringin sangat untuk bersua mereka di Teikyou Universiti (perlawanan futsal pelajar Malaysia). Apatah lagi tahun depan, kami akan sibuk dengan persiapan untuk temuduga dan ujian prestasi, peluang-peluang itu akan semakin jauh lari jika tidak dikejar.



Lepas aku bace, kesian plak aku kat dia. Dah la nak gi jumpa member2. Pastu tak pasal2 kena cekup ngan polis jepun plak. Kena tuduh sebagai penjenayah. Sebab muka dia, bentuk badan dan baju (tu yang pelik, bleh plak penjenayah tu pakai baju yang sama.haha) sama dengan dia. Apa nak buat...kat negara orang, tak boleh la nak buat giller sangat. Papehal pon, tahniah kat beliau kerana dapat lepas. Nasib baik beliau pandai ngomong Japang (ckp jepun). Kalau aku la, camne la nak jawab.huhu..Cerita penuh, boleh baca kat tuan empunya blog..
http://sangpelangi.wordpress.com

Wednesday 13 June 2007

Method 1 - Pivot, Support dan Resistance Point

Oklah..dikesempatan yang tak berapa sempat nie, aku rasa nak juga cerita pasal Pivot, Support dan Resistance Point method atau di direct translate kan berbunyi kaedah titik paksi<--ntah betul ke tak.hehe Ahh...persetankan semua tu. Yang penting sekarang apa itu pivot point?ha..Pivot Point adalah satu titik(paras harga) yang dikira berdasarkan harga tinggi(high),rendah(low) dan tutup(close) trading sebelumnya. Katalah kita pakai time interval 5 minit, so pengiraan dibuat pada masa 5minit sebelumnya. Begitu juga dengan time interval yang lain seperti 15minit,30minit,sejam dan lain-lain.


Pivot Point nie juga digunakan untuk cari member sekolah rendah dia. Sorang tu Support Point yang sorang lagi Resistance Point. Nak dijadikan cerita, pada satu hari, support point pergi cari duit Support Point ialah point/paras harga di mana para traders cuba untuk pergi ke harga yang lebih rendah lagi berulang kali tetapi gagal. Begitulah sebaliknya yang berlaku kepada Resistance Point di mana traders cuba untuk melepasi paras harga tersebut berulang kali tetapi kecundang jua akhirnya (gagal la tu). Dan kawasan di antara paras support dan resistance ni di panggil support/resistance <--betul ni, tak tipu punya. Dan harga akan melepasi kawasan ni dengan beberapa conditions(keadaan): 1. Jumlah traders yang cuba melepasi Support lebih banyak daripada jumlah yang cuba untuk melepasi Resistance. -bearish(harga turun)

2. Jumlah traders yang cuba melepasi Resistance lebih banyak daripada jumlah percubaan untuk melepasi Support. -bullish(harga naik)

3. Pembeli melebihi penjual (
upside breakout) dan sebaliknya downside breakout


Ha..begitulah serba sedikit alkisah 3 sekawan. Sekarang ni nak cerita plak apa fungsi diorang tu kan? Macam mana nak guna?hmm..macam ni, dalam forex perkara yang kita kena tahu adalah arah harga, kecepatan perubahan harga dan juga sampai mana harga tu nak pergi jahanam.


Beberapa petunjuk boleh diperolehi dengan mencari nilai pivot, support dan resistance. Cara-caranya, dengan menggunakan Pivot Calculator yang ada di sebelah kanan blog aku nie, camni:

Mula2 decide dulu nak pakai time interval mane (1 minit,5minit,15minit,1jam,etc). Lepas tu, tengok kat carta forex tu, tengokla nilai high dengan low dalam masa interval yang dipilih, masukkan kat pivot calculator tu. Tak lupa juga nilai closed pada masa tersebut. Contoh:



Daripada graf di atas, nilai seperti:

high: 124.11
low: 123.76
close: 123.89

Selepas itu, masukkan nilai2 tadi tu kat pivot calculator


Klik kat Kira, dan lihatlah hasilnya:



Haa..itulah dia hasilnya. Lepas buat pengiraan, tengok trend graf. Pada masa pengiraan dibuat, trend graf sedang naik. Jadi, enter BUY pada harga 123.92 (nilai terhampir). Seterusnya, oleh kerana trend menaik, harga mungkin akan bergerak sehingga Resistance pertama (ditandakan dengan 1st R pada pivot calculator) iaitu 124.08 sebelum berpatah balik, maka bolehlah setkan profit dalam 10pip. Setelah profit di ambil, di syorkan berehat sebentar bersama2 kitkat sebelum membuat pengiraan semula untuk enter trade.

*Jika trend graf menurun, enter SELL dan Support point adalah targetnya (1st S)
*Jika berlaku pergerakan harga, harga boleh mencecah nilai 2nd Resistance atau 2nd Support (Biasanya pair GBP/USD)

Begitulah adanya, selamat menorex hasil..;)

Sunday 10 June 2007

How To Deposit Fund for Forex?

Salam sejahtera semua. Agak lama gak aku rasa tak post kat blog nie oleh sebab internet down selama seminggu kat sini(area rumah aku). Dan kebelakangan ini aku dapat respond tentang keperluan asas yang perlu ada untuk memFOREX. Ada yang bertanya, camne nak deposit duit?camne nak bawa keluar duit?kena ada paypal ke tak?Oklah..untuk memulakan trading di forex menggunakan Marketiva apa yang kalian perlu buat/ada ialah:

1.Sign up Marketiva
2.Buka akaun E-gold (Untuk deposit & bawa keluar duit kalian)

Mungkin step 1 tiada masalah dan step 2 mungkin menimbulkan tanda tanya kepada kalian semua. Apa itu e-gold?Bagaimana nak buka akaun e-gold?apa kelebihan e-gold?;mungkin itulah antara persoalan yang timbul dalam fikiran kalian semua.

Egold adalah sejenis HYIP salah satu sistem matawang elektronik yang berdaftar di bawah nama E-gold Ltd oleh ahli dewan perniagaan Nevis yang disokong oleh 100% bar emas yang tersimpan. <--Segala maklumat tentang e-gold boleh didapatkan di sini di bawah link "What is e-gold?" dan konsep penggunaan e-gold tidak jauh bezanya dengan penggunaan perbankan online yang lain seperti Maybank2u dan CIMB dan bezanya ialah duit yang tersimpan dalam akaun e-gold berdasarkan kepada gram(berat) emas semasa.

Boleh di katakan setiap orang yang ingin berforex mesti mempunyai akaun egold. Seperti juga sesiapa yang terlibat di ebay perlu mempunyai paypal. Ya, kalian semua boleh menggunakan kaedah lain seperti wiretransfer untuk deposit atau membawa keluar duit kalian. Tetapi ia memerlukan prosedur yang melecehkan dan cas perkhidmatan adalah mahal. E-gold adalah penyelesaian yang terbaik dan termurah untuk memindahkan duit kalian kerana ia boleh dilakukan secara cash deposit atau online transfer menggunakan bank-bank tempatan seperti Maybank2u.

Secara ringkasnya, e-gold adalah perantara untuk kalian memasukkan duit kalian ke akaun forex kalian. Setelah kalian berjaya membuka akaun e-gold, kalian mesti membeli gold(emas) mengikut harga emas semasa. Untuk membeli e-gold ada beberapa cara:
1.Beli emas daripada penjual egold*
2.Deal dengan sesiapa sahaja yang ingin menjual egold**

Begitu juga sebaliknya, jika kalian telah berjaya dalam forex dan mempunyai duit dalam akaun forex, kalian boleh transfer ke akaun egold kalian dan menjualnya kepada:
1.Pembeli egold*
2.Deal dengan sesiapa sahaja yang ingin membeli egold kalian**
*biasanya penjual akan menjual dengan harga yang mahal dan membeli dengan harga yang murah (juga dikenakan service charge)
**
berhati-hati dengan cara ini, dinasihatkan supaya melakukan jual/beli egold dengan individu yang benar-benar boleh dipercayai.

Beberapa perkara lagi yang kalian perlu tahu tentang e-gold:
1. e-gold mempunyai caj transaksi iaitu setiap transaksi dikenakan caj 1% setiap USD tetapi maksimum satu transaksi hanya $0.50 dan setiap tahun juga akan dikenakan pemotongan ke atas akaun egold kalian untuk membayar kos penyimpanan emas kalian
2.e-gold berkadaran dengan harga emas semasa yang sentiasa berubah-ubah dan yang tetap hanyalah gram emas tersebut. Ini bermakna jika kalian ingin mendeposit $10 ke dalam akaun forex kalian, sebaiknya beli lebih seperti $11 kerana jumlah emas yang dibeli akan berkurangan disebabkan caj dan mungkin kerana penurunan harga emas semasa.

Sekian dahulu..dan teruskan membaca

Thursday 7 June 2007

Interesting Aspects of Life - Warren Buffet

Aku terdapat emel nie dari seorang yang bernama Nur Shairah Ishak. Macam besh pulak aku baca.hehe.



There was a one hour interview on CNBC with Warren Buffet, the second richest man who has donated $31 billion to charity. Here are some very interesting aspects of his life:





1. He bought his first share at age 11 and he now regrets that he started too late!(Tak taula En Aku start bile.hehe)
2. He bought a small farm at age 14 with savings from delivering newspapers.
3. He still lives in the same small 3-bedroom house in mid-town Omaha , that he bought after he got married 50 years ago. He says that he has everything he needs in that house. His house does not have a wall or a fence. (Camne agaknya rumah die ek?)
4. He drives his own car everywhere and does not have a driver or security people around him.
5. He never travels by private jet, although he owns the world's largest private jet company.
6. His company, Berkshire Hathaway, owns 63 companies. He writes only one letter each year to the CEOs of these companies, giving them goals for the year. He never holds meetings or calls them on a regular basis. He has given his CEO's only two rules.
Rule number 1: do not lose any of your share holder's money.
Rule number 2: Do not forget rule number 1. (yang nie sangat cool)
7. He does not socialize with the high society crowd. His past time after he gets home is to make himself some pop corn and watch Television.
8. Bill Gates, the world's richest man met him for the first time only 5 years ago. Bill Gates did not think he had anything in common with Warren Buffet. So he had scheduled his meeting only for half hour. But when Gates met him, the meeting lasted for ten hours and Bill Gates became a devotee of Warren Buffet.
9. Warren Buffet does not carry a cell phone, nor has a computer on his desk.(kalau aku la tak bleh kot..korang bleh tak?)

His advice to young people: "Stay away from credit cards and invest in yourself and
Remember:
A. Money doesn't create man but it is the man who created money.
B. Live your life as simple as you are.
C. Don't do what others say, just listen them, but do what you feel good.
D. Don't go on brand name; just wear those things in which u feel comfortable.
E. Don't waste your money on unnecessary things; just spend on them who really in need rather.
F. After all it's your life then why give chance to others to rule our life."

Lagi-lagi Forex

Hehe..salam sejahtera kalian semua. Aku sekarang nie rasa tak selesa sebab harini bukan hari selasa<--tak lawak. Bukan ape, internet kat umah tu ha.down sindrom jek.ntah bile nak settle. tak dapatla aku nak morex sejak ari isnin aritu. cis!!takpela, internet ok nanti bleh la morex dengan hebatnya.


He..mungkin ada lagi yang taktau pasal forex nie. Forex ni bukanla skim cepat kaya. Sebabnye, duit yang ada kat akaun forex nie, bukan nye letak pastu tunggu lama2 pastu bertambah. Tak sama sekali. Kalau kalian ada $5 kat akaun, pastu 8 bulan later tgk kat akaun pon ada $5 gak. Ceritanya, kat forex nie kita akan membeli/menjual share yang ada kat satu2 country tu. Kalau macam saham, katala aku beli saham IOI sebanyak 8ratus unit semasa harga dia RM0.50 seunit, maknanya aku adalah salah seorang pemegang saham IOI sebanyak 8ratus unit x RM0.50 = RM400. Pastu secara tiba2 tak taula ape yang IOI buat, saham dia pon naik sampai harga RM1.00 seunit.Aku pon jual saham aku, so aku dapat 800 unit x RM1.00 = RM800. Kat sini aku dah untung RM800-RM400 = RM400.

Di forex, katela sekarang nie matawang USD tgh jatuh sampai 1USD = 3.0MYR(katekanla). Pastu aku pon beli(Buy) 4000unit x 3.0 = RM12000. So, sekarang nie aku ada 4000 unit USD/MYR. Pastu, beberapa saat kemudian, USD/MYR naik balik sampai 1USD = 3.1 MYR. Aku pon jual balik 4000unit yang aku beli tadi. Lepas aku jual balik dengan harga sekarang 4000unit x 3.1 = RM12400. Aku pon untung RM400. Begitula gamaknya. Tergamak aku kan.hehe..

Tapi, kat forex plarform yang aku guna sekarang ni,takdela pair USD/MYR tu. Yang ada seperti pair GBP/USD, EUR/USD, USD/CAD, dan sebagainya. Tapi konsep dia tetap sama macam yang aku terangkan macam contoh kat atas tu. Selain itu, aku juga boleh ambil untung atas kejatuhan suatu pair matawang tu dengan Short/Sell pair tersebut. Sama gak dengan short/sell dalam saham kot (En Aku tolong betulkan kalau salah..hehe)<--En Aku otai saham.


Sekali lagi, Forex ni bukannye skim cepat kaya. Tapi, mungkin boleh buat jadi kaya, boleh gak buat jadi papakedana. Untuk terlibat ngan forex ni memang kena belajar dan berilmu. Kalau main
gamble jek, memangla papakedana. Sebab tula ramai orang kata forex ni risiko tinggi. Tapi aku cuba reduce risk tu dengan belajar pasal forex. Memang aku akui, sebelum ni aku pon main gamble jek. Baca chart tak tau, analisis chart tak tau, main tibai jek. Sudahnye, ambik kau licin akaun.ngahaha<--yang ni rasenya lawak. Kat bawah tu adalah bentuk chart yang aku guna sebelum aku belajar apa2 (main tibai jek) , aku tengok graf yang berbentuk garisan pastu cuba teka ke mana lepas ni harga pergi :


Tapi lepas aku buat kajian, bacaan, pertanyaan dan lain2, aku dah dapat balik apa yang aku loss sebelum ini.. Yang bawah ni plak contoh chart(chart yang sama) lepas aku mendapat pengajaran. Aku gunakan chart style candle stick (Pakdi hasler dalam candle stick tp die tak morex, dia layan BSKL dah.hehe), dan juga indikator2 yang lain:



Kesimpulan awal yang boleh di buat ialah, tak kiralah nak buat apa pon, bisnes apa pon kena belajar dulu. Jangan kedekut dalam mencari ilmu dan jangan kedekut ilmu..hehe. Aku ada terbaca satu artikel Irfan Khairi:

Seringkali saya ditanya.
"Irfan, saya ada wang simpanan RM5000 yang boleh dilaburkan.
Di mana boleh saya laburkannya untuk mendapat pulangan tertinggi?"

Jawapan saya adalah: Laburkan pada ilmu.

p/s: aku nak post pasal analisis chart berdasarkan kaedah mencari Pivot point, Resistance point, dan tak lupa juga ampang point Support point. Pivot Calculator aku dah buat dah + dah letak pon kat tepi blog aku nie. Tunggu masa je nak guna..nantikan kemunculannya ye...:D

Tuesday 5 June 2007

Camne Nak Forex?Macam Nie...

Uish..tension betul.Kelmarin internet down, semalam pon tak ok lagi. Nak cari duit pon tak senang la. =). Dengan kesungguhan yang ada, ke ‘down’ an internet di area rumah aku tak menjadi penghalang untuk aku terus berkongsi informasi-informasi berguna lagi membergunakan. Orang kata nak 1000 daye, tak nak tak bleh nak buat ape.haha(tak lawak). Okayla, tanak merepek lebih lanjut. Hari ni aku nak bagitau macam mana nak trade kat forex ni? Yela, dalam post yang lepas aku dok bebel-bebel pasal forex, menorex, morexla..tapi tak bagitau pon camne nak buatkan? Aku nak bagitau tapi…


Dengan ter ‘post’nya post aku yang lepas, harap jelaslah kat kalian semua ye tentang pendaftaran untuk memorex? Bukan susah pon kan? Klik je kat link yang aku bagi tu, kalian semua akan di bawa ke satu laman web. Kalau kalian semua ternampak muka makcik Bedah (bukan nama sebenar) berambut afro seperti gambar di bawah, dah betullah tu.


Pastu klik menu ‘Open Account’, isi form yang di sediakan. Lepas tu buka emel untuk pengaktifan, ikut je arahan yang pihak Marketiva hantar kepada kalian melalui emel.

Dengan menganggap kalian semua dah daftar, dah buat pengesahan(verification) dengan memuatnaik (upload) salinan IC dan surat nikah bil, dan meng ‘install’ platform Streamster dan login dengan hensemnya, mari kita mulakan sekarang.


Haaa..nampak gambar di atas? Cantek!!nampaknya kalian semua sudah bersedia untuk cari duit. Gambar di atas ialah pelayan Streamster Marketiva iaitu tempat aku dan kalian semua untuk cari duit. Bahagian yang aku tanda dengan nombor 1 tu ialah senarai pasangan matawang seperti USD/CHF,EUR/USD,USD/JPY dan sebagainya. Semua harga adalah dalam masa sebenar (real time) dan ia berubah hampir setiap saat.


Last: harga terkini

Bid : harga bila kalian sell

Offer: harga bila kalian buy

Change: perbezaan dengan harga pembukaan

High: Harga tertinggi

Low: Harga terendah

Warna : Merah – pasaran sedang turun
Hijau
– pasaran sedang naik
Hitam
– pasaran tak berubah


Bahagian yang nombor 2 tu adalah carta untuk membolehkan para trader untuk melakukan analisis untuk mengetahui pergerakan harga seterusnya. Bahagian nombor 3 ialah portfolio iaitu baki simpanan yang kalian ada untuk trade. Untuk permulaan kalian sepatutnya dapat melihat Live forex $5 dan Virtual forex $10000. Seterusnya, kalian boleh melihat order yang kalian buat dan position nya di bahagian nombor 4.


Sekarang jom enter trade. Mula-mula, pilih pasangan matawang yang kalian ingin trade (sebagai contoh EUR/USD). Dengan selambanya, klik pasangan EUR/USD tersebut di bahagian nombor 1. Dengan tiba-tiba, satu tetingkap bernama “Send Order” seperti gambar di bawah akan muncul.




Sekarang yang perlu kalian perhatikan ialah ruangan:


Buy/Sell: Buat pilihan untuk buy/sell (long/short) matawang.

Jika kalian yakin dan optimis bahawa harga pasaran akan terus naik, pilih buy begitulah sebaliknya. Dalam contoh di atas, aku Sell kerana yakin dan optimis yang EUR/USD akan turun setelah membuat beberapa analisis(akan diterangkan kemudian)


Quantity: Kuantiti yang akan kalian trade. Ia akan menentukan untung dan rugi kalian.

Formula yang aku gunakan ialah = 20% x modal x laverage
Katakan modal kalian ada $100, maka 20% x 100 x 200 = 4000

*formula ini hanyalah cadangan aku je. Kalian boleh guna formula sendiri jika mahu. Tapi JANGAN trade semua modal kalian kerana bimbang margin tidak mencukupi untuk menanggung kerugian semasa berlaku pergerakan pasaran.


Desk: Suka hati kalian nak pakai virtual atau live.


Klik OK jika dan hanya jika kalian sudah berpuas hati dan bersedia untuk pengesahan.


Kalian boleh melihat order dan position yang dimasukkan seperti di atas di dalam bahagian nombor 4. Beri perhatian pada point kalian pada setiap keadaan.

Hijau: Untung (+ve)
Merah: Rugi (-ve)

Close position kalian jika position kalian telah berwarna hijau.
Kalian juga boleh Close position pada bila-bila masa untuk mengelakkan kerugian yang melampau.





Kalian juga boleh setkan target dan stop loss (penting).



Biasanya aku akan target 10-15 point ke atas(jika Long/Buy) ke bawah(jika Short/Sell) dan stop loss 30 point ke bawah(jika Long/Buy) , ke atas(jika Short/Sell).

Target penting untuk Close position kalian secara automatik jika trend mengikut apa yang kalian trade.
Stop loss penting untuk Close position kalian jika trend sebaliknya.

Sekarang rasanya kalian sudah tahu asas-asas dalam menorex. Dalam post akan datang aku akan bagitau plak macam mana nak tahu masa yang sesuai untuk enter trade sama ada Sell kah atau Buy kah?Akan diterangkan tentang beberapa analisis carta untuk menjangka pergerakan pasaran seterusnya. Teruskan setia membaca dan mencari duit=) dan sebarang pertanyaan boleh komen di ruangan komen ye. Selamat cari duit..

Saturday 2 June 2007

Hapuskan Virus2 Benci (Remove Annoying Virus)

Harini aku nak share dengan kalian semua pasal virus-virus benci yang sering menghantui dan merasuki PC dan laptop kalian semua. Kate orang tua2 sharing is caring kan=)Bukan ape, ramai gak la member2 dan bukan member2 yang hangat memperkatakan isu virus ini<--ayat skema.
Cara yang aku nak bagitau ni cara2 nak remove virus2 benci secara registry. Haa..macam penah dengar perkataan registry tu kan?Tapi sori kepala lori aku taknak diskas pasal registry sekarang,mungkin di post akan datang. Oklah marila bergoyang bermula.

Sebelum itu,ikut step by step ni betul2 sebab cara ni melibatkan registry. Tapi jangan takut..tak meletup punya PC korang.hehe. Mula-mula masokkan garam biar aku terangkan apa step2 dia:

1. Update the Virus Definition
2. Disable System Restore
3. Delete virus from registry
4. Run a full scan, and delete infected file
5. Enable System Restore

Hehe.Saje jek poyo2 nak tulis dalam English. Kalau salah tolong gelakkan tunjukkan eh sbb aku buat ayat sendiri nie, bukan copy + paste.hehe. Ok, lets begin

1. Update the Virus Definition

Firstly, you must have an antivirus software installed in your PC. If you don't have yet, please do. There are many antivirus company that offer the PC user the most effective antivirus.

Then you must update the virus definition of your antivirus.
To do this, connect your PC to the internet.
Right click at antivirus icon in system tray on the right bottom side of your computer scree.
And click update.
Wait until your new virus definition downloaded.



2. Disable System Restore

System restore ialah is the system that backup all your previous files. Its restore the files on your computer in case they become damaged (for more info klik here). Its also may backup a virus, worm, and Trojan that infected your PC. Why, we do this? It is because usually Windows prevent outside program (including antivirus) from modifying System Restore. So that, the antivirus cannot remove threats in the System Restore folder. Then, the system restore has a potential of restoring an infected file on your PC.

To disable your system restore,follow the arahan berikut:

i. Click Start>Programs>Accessories>System Tools>System Restore
















ii. Klik at the System Restore Settings

















iii. Click Turn off System Restore on all drivers. Then, click Apply and OK






















3. Delete virus from registry

Aku baru belajar mende nie semalam dari orang ICT tempat aku buat intern. Ramai orang taktau pasal bende nie. Kalau korang tak tau gak, meh sini aku nak bagitau. Dengar Bace betul-betul tau.

i. Mula-mula Click on Start>Run. Then type the following command: "regedit" and click OK











ii. The Registry Editor Window will appear immediately as shown in the pictures below. There are two things that we wil look at<--betul ke ayat aku nie? HKEY_CURRENT_USER and HKEY_LOCAL_MACHINE























iii. First, look at the HKEY_CURRENT_USER. Expand the menu by clicking "+" sign in the left hand side.






















Then, you can see so many things expanded rite?
==>Ok now, lets find menu Software and expand it.
==>Scroll down until you find Mirosoft menu.
==>Expand it and find the Windows.
==>Under Windows menu you will see the file CurrentVersion rite?
==>Now click at Run folder, what you see?
==>Huh? too many file on the right pane of my Registry Editor when I click Run!!!
==>Yeah, thats the things I want to show you. There are files such as your virus file here.
==>Are you annoying with this things?
==>Then DELETE it.
==>Delete all things other than (Default).
==>Finally your Registry Editor suppose to appear as shown in the picture above.

iv. Then repeate the previous step to the HKEY_LOCAL_MACHINE. There are
HKEY_LOCAL_MACHINE>Software>Microsoft>Windows
>currentVersion>Run


4. Run a full scan, and delete infected file

Lepas kalian semua dah delete objek2 benci dengan cara registry tu, kalian semua hendaklah Full Scan PC kalian semua dengan antivirus yang telah kalian update tadi tu. Nak lagi sedap, tambahkan sedikit ajinomoto atau dalam kate lain nye, If you want a better result, do your Full Scan in Safe Mode. That is because, certain program cannot perform in Safe Mode. Your virus file will be less active in Safe Mode and easy to get caught by your antivirus software. To open your PC in Safe Mode, simply restart your PC and immediately press F8.

5. Enable System Restore

After you complete your full scan, restart your PC in normal way. Now, we will re-enable the system restore eh. Click on Start>Programs>Accessories>System Tools>System Restore. This message should be appear










Click yes, and the following Window will appear





















Click Apply and wait for a moment. Last but not least, klik OK

Now, rite here and rite now your PC should be happy from the treatement.

Sekian sahaja repekan aku pada sesi kali ini. Nanti repekan2 berguna seterusnya selepas ini. Ada banyak lagi repekan khas untuk kalian semua. Kalau ade ape2 komen, let me know la.
Selamat Mencuba

Wednesday 30 May 2007

Mari meNoreX HasiL

Hari ini aku nak berkongsi dengan anda semua pasal satu benda yang boleh dipercayai dan boleh mendatangkan keuntungan secara online. Ape bende tu? haa..mestila anda semua nak tau kan. MLM?ish..bukan!!HYIP?jauh sekali..Skim cepat kaya?Heh!!tengok kat tepi tu---> Saya Benci Skim Cepat Kaya dan Pelaburan HARAM. Benci tau..Okayla, tanak merepek dengan lebih lanjut, aku pon nak share mende ni dengan anda semua.

Benda yang aku maksudkan ni ialah Foreign Exchange atau lebih mesra dengan panggilan forex. Tapi sebelum itu, aku ingatkan yang trading di forex mungkin akan melibatkan risiko kerugian dan mungkin tak semua orang yang boleh trading di forex. Bukan maksud aku certain orang je boleh, tapi mungkin tak sesuai untuk sesetengah orang. Okayla nak tau anda sesuai ke tak, teruskanlah membaca.

Apa itu forex? Secara umumnya urus niaga matawang asing berlaku di foreign exchange. Di forex, urusniaga harian melibatkan 1.5 trilion $ setiap hari.

"With more than 260,000 serviced users, 150,000 unique and live trading accounts, and more than 2.7 million live orders executed each month, Marketiva is one of the most popular over-the-counter market makers in the world."-dipetik dari satu laman web platform forex Marketiva

Liquidity of currency atau kecairan matawang di pasaran forex menunjukkan bahawa tiada siapa yang dapat mempengaruhi dan mengeksploitasi pergerakan matawang di forex. Beberapa tahun dahulu, forex hanya diniagakan oleh golongan yang kaya raya dan mempunyai wang yang berkepuk2. Ini kerana untuk memulakan perniagaan di forex memerlukan capital atau modal yang tinggi. Dan sekarang, dengan kecanggihan teknologi masa kini, pelabur-pelabur yang bermodal kecil pun layak untuk memasuki pasaran forex. Di platform Marketiva, anda boleh mulakan perniagaan anda hanya dengan modal serendah $1. yes one dollar only. Malah anda akan mendapat hadiah $5 secara percuma jika mendaftar di Marketiva. Di tambah lagi dengan virtual money $10000 sebagai "modal maya" untuk anda berlatih dan belajar trading. Dan sekarang anda sudah pasti platform untuk anda berurusniaga iaitu Marketiva.

Monday 28 May 2007

Dasar baru Efun 8-)

Haa..sementare aku tgh rajin menaip2 nie nak la tulis sepatah dua kate pasal dasar baru si Efun nie. Dasar Pandang Ke India? huhu..camtula lebih kurang bunyiknye. Aku dapat merasakan kebetulan 'dasar' tu. Sebab kat U aku, mmg ade sorang mamat from Sri Lanka nie. Kalau nak ikotkan, belambak2 gak ar students yang seangkatan dgn mamat tu berkeliaran kat U aku. Tiap2 new registration mcm turun dr kapal plak diorg nie, ramai tak ingat. huhu..ekceli, bukan tu yg aku cube sampaikan. Tu just selingan dikala pagi..=P

Berbalik kepade mamat tadi tu, die kire satu lacture la dgn aku. Mase 1st sem 1st year, adela satu killer subject bg students yg satu course ngan aku; C/C++ programming. Tapi bg aku itu subject harapan aku nak score kaw2, sbb aku mmg ske mende2 programming nie (aku xckp aku terer eh). Nak dijadikan ceritenye, mamat ni mmgla hebat tak ingat punye. Kalau every week ade lab C++ mesti die dgn awek die kuar lab awal. Sbb dah siap programming awal2 lg.Kalau lab 2jam, 15 minit lepas tu dah kuar dah. Kalau tak kuar pon die berkeliaran kat dlm lab tu mengajarla sesape kat ctu. Dah mcm lab demonstrator la plak.huhu..walaupun aku bleh buat gak(ceh nak gak), tp tula lambatla sket.huhu..

Nak tau lg mane hebatnye beliau nie?haa..mase final exam, untuk subjek C Programming nie kitorg diberi mase 3jam untuk membuat program dalam lab. Kire masing2 diberi 1 komputer yg dah diblok semuanya, internet tak bleh, tu tak bleh nie tak bleh, kire sume blok la. Yang bleh cume bukak Microsoft C program tu jela. Ha..dalam mase 3jam exam tu, 45 minit lepas exam bermule, mamat tu dgn selambenye meninggal...kan komputernya, submit disket dan berlalu pergi. Lacturer yg jage pekse tu mcm terkejut gakla sbb menyangkekan soklan yg die buat susah sgt sampai mamat tu give up awl2 tak bleh buat. Tp, lacturer tu terpakse terkejut sbb mamat tu dah siap pon buat semue soklan. Aku ni kire antara budak melayu yg bleh buatla subjek nie. Every week pon bdk2 melayu sume menempel kat aku mintak program aku(aku tak ckp aku terer eh). Tapi aku gunekan 3jam exam tu sepenuhnye dan berusehe dgn kerasnye..then, dipendekkan cerite nie lagi, result final pon keluar..aku kire berpuas atila dgn markah subjek C aku tak silap 80+ ke 70+ gitula..tp mamat tu aku dgr citer dpt 99? FuiyoOoOoooOO..giler ke ape lacturer yg tande tu, hati kecilku berkate.huhu..tp tu la hakikat yg mesti diterima. Dalam mase 45 minit je mamat tu bleh jwb soklan pekse yg tahap membunuh diri tu..dpt 99 plak tu. Bg die kacang jek mende tu kot..huhu..

Buat Julung2 Kalinya..

Salam semua..hari ini dalam sejarah, aku menulis blog. Faiz menulis blog??haha..aku sendiri pon tak caye. Sebab aku la orang yang paling malas sekali nak menulis-nulis, menaip-naip, mencerita-cerita. Tapi akibat berkawan dengan sorang mamat Jawa yang mengaku die ni orang Jepon, aku pon terinfluence atau dalam bahasa mudahnye terpengaruh untuk menulis2 dan menaip2 nie. Nak tau sape mamat tu? die nie memang kuat merepek + kaki repek + bleh jadik tukang karot.hoho..kalau aku bosan2 aku gi bace cerita2 dongeng rakyat kat blog die. Banyak gak cerita2 yang die post bleh dijadikan bed time story bagi ibu2 yang mempunyai anak yang payah untuk tido..neway, tenkiu kpd member aku tu. Rasenye byk gak mende bleh share kalau menulis2 nie. Kalau pandai mane pon tp tak share ilmu dan pengetahuan, tak gune gak kan..hehe.