Wednesday 13 June 2007

Method 1 - Pivot, Support dan Resistance Point

Oklah..dikesempatan yang tak berapa sempat nie, aku rasa nak juga cerita pasal Pivot, Support dan Resistance Point method atau di direct translate kan berbunyi kaedah titik paksi<--ntah betul ke tak.hehe Ahh...persetankan semua tu. Yang penting sekarang apa itu pivot point?ha..Pivot Point adalah satu titik(paras harga) yang dikira berdasarkan harga tinggi(high),rendah(low) dan tutup(close) trading sebelumnya. Katalah kita pakai time interval 5 minit, so pengiraan dibuat pada masa 5minit sebelumnya. Begitu juga dengan time interval yang lain seperti 15minit,30minit,sejam dan lain-lain.


Pivot Point nie juga digunakan untuk cari member sekolah rendah dia. Sorang tu Support Point yang sorang lagi Resistance Point. Nak dijadikan cerita, pada satu hari, support point pergi cari duit Support Point ialah point/paras harga di mana para traders cuba untuk pergi ke harga yang lebih rendah lagi berulang kali tetapi gagal. Begitulah sebaliknya yang berlaku kepada Resistance Point di mana traders cuba untuk melepasi paras harga tersebut berulang kali tetapi kecundang jua akhirnya (gagal la tu). Dan kawasan di antara paras support dan resistance ni di panggil support/resistance <--betul ni, tak tipu punya. Dan harga akan melepasi kawasan ni dengan beberapa conditions(keadaan): 1. Jumlah traders yang cuba melepasi Support lebih banyak daripada jumlah yang cuba untuk melepasi Resistance. -bearish(harga turun)

2. Jumlah traders yang cuba melepasi Resistance lebih banyak daripada jumlah percubaan untuk melepasi Support. -bullish(harga naik)

3. Pembeli melebihi penjual (
upside breakout) dan sebaliknya downside breakout


Ha..begitulah serba sedikit alkisah 3 sekawan. Sekarang ni nak cerita plak apa fungsi diorang tu kan? Macam mana nak guna?hmm..macam ni, dalam forex perkara yang kita kena tahu adalah arah harga, kecepatan perubahan harga dan juga sampai mana harga tu nak pergi jahanam.


Beberapa petunjuk boleh diperolehi dengan mencari nilai pivot, support dan resistance. Cara-caranya, dengan menggunakan Pivot Calculator yang ada di sebelah kanan blog aku nie, camni:

Mula2 decide dulu nak pakai time interval mane (1 minit,5minit,15minit,1jam,etc). Lepas tu, tengok kat carta forex tu, tengokla nilai high dengan low dalam masa interval yang dipilih, masukkan kat pivot calculator tu. Tak lupa juga nilai closed pada masa tersebut. Contoh:



Daripada graf di atas, nilai seperti:

high: 124.11
low: 123.76
close: 123.89

Selepas itu, masukkan nilai2 tadi tu kat pivot calculator


Klik kat Kira, dan lihatlah hasilnya:



Haa..itulah dia hasilnya. Lepas buat pengiraan, tengok trend graf. Pada masa pengiraan dibuat, trend graf sedang naik. Jadi, enter BUY pada harga 123.92 (nilai terhampir). Seterusnya, oleh kerana trend menaik, harga mungkin akan bergerak sehingga Resistance pertama (ditandakan dengan 1st R pada pivot calculator) iaitu 124.08 sebelum berpatah balik, maka bolehlah setkan profit dalam 10pip. Setelah profit di ambil, di syorkan berehat sebentar bersama2 kitkat sebelum membuat pengiraan semula untuk enter trade.

*Jika trend graf menurun, enter SELL dan Support point adalah targetnya (1st S)
*Jika berlaku pergerakan harga, harga boleh mencecah nilai 2nd Resistance atau 2nd Support (Biasanya pair GBP/USD)

Begitulah adanya, selamat menorex hasil..;)

0 comments: