Wednesday 27 June 2007

Method 2 - Parabolic SAR

Ye..mari2 semua, ada benda baru hari ni. Ye itu dia..satu lagi indipendent indicator yang bleh kita gunakan untuk menorex hasil2 bumi. Memperkenalkan..Parabolic SAR iaitu sejenis penyakit iaitu Severe Acute Respiratory syndrome, ye kepale hotak aku.haha tak lawak..sebenarnye, aku pon tak tawu ape makne nye, tau gune jek..hehe..

Parabolic SAR ni gunanya untuk menentukan ke 'power' an permulaan sesuatu trend dengan berpandukan titik-titik yang dihasilkan. Macam gambar kat bawah ni:




Nampak titik-titik kaler merah tu?Haa..itulah petanda penyakit SARS telah menyerang Parabolic SAR. Nak keluarkan Parabolic SAR dari tempat persembunyian dia camni, right klik kat carta forex tu, pastu pilih indicators seterusnya pilih la Parabolic SAR. Settle!!! kan keluar bende tu..tahniah kepada diri sendiri kerana berjaya keluarkan Parabolic SAR.

Cara guna dia plak, pepandaila camne korang nak guna pon.hahahariiniharirabu...macam ni la, cuba tengok betul-betul carta tu. Ala..tengok je pon dah tau nak guna kot Parabolic SAR ni. Macam gambar kat bawah ni, beza dengan gambar kat atas ialah gambar kat bawah ni aku dah lukis arrow warna biru,nampak tak?tak nampak sudah:



Arrow atau anak panah tu menunjukkan situasi yang sesuai samada untuk SELL atau pun BUY. Tapi, Parabolic SAR ni kengkadang memang dia gila sket. So, untuk memastikan signal yang ditunjukkan tu betul, tunggulah sampai titik yang ke 3 atau ke 4. Tapi tak boleh gak kalau nak guna Parabolic SAR seorang diri. Sebab kadang-kadang signalnya kurang tepat. Jadi, kenala guna indipendent indikator lain di samping Parabolic SAR tersayang..Paham? tak paham komen..Sekian terima kasih(ade efek bunyi applause).

Sunday 24 June 2007

Lagi-lagi pasal Bicara Jutawan dan Wangcyber

Aduhai..apalah nak jadi dengan sumber media cetak kat malaysia ni. Kononnya nak hidangkan pembaca dengan informasi-informasi yang berguna. Kononnya laa...tapi sekarang ni, "indah khabar dari rupa" (pinjam ayat efun) Lagi-lagi isu melibatkan forum yang berinformasi dan berguna untuk semua iaitu Bicara Jutawan dan WangCyber

Entah apalah yang diorang nak sebenarnya. Publisiti kah? Atau untuk menghasut para pembaca supaya tidak terlibat dengan forum-forum tersebut? Forum-forum seperti yang disebutkan di atas menggalakkan lebih ramai Bumiputera untuk berjaya dan keluar dari RatRace (effect dari kelas cashflow.hehe). Mengapa ada pihak yang seolah-olah cuba menjatuhkan komuniti yang telah diwujudkan nie?kenapa sampai begitu dengki sangat mereka ini?bukankah mereka sendiri telah mempunyai perniagaan dan pelanggan yang tersendiri? Atau mungkin ada dalang di sebalik peristiwa dan kejadian ini? Tak cukup dengan Utusan, sekarang nie keluar pula kat Majalah i keluaran Julai 2007. Ulasan selanjutnya di Pakdi.net

Kesian Member aku Sorang Nie/

Cherita ini asalnya aku baca dari blog member kamceng aku since skolah dulu..Headline post kat blog die tu ialah:

Tertekan!! Aku ditangkap polis.

Aku semalam tak online, so that aku tak taula plak ape jadi kat beliau. tup2 arini aku online jek,sign in YM aku, die bitau "aku baru balik nie, semalam aku masuk lokap", so aku bacela cerita die kat blog http://sangpelangi.wordpress.com
antara petikannya:

———–Siri flashback————–

Entah kenapa, kaki ini terasa diikat bertan-tan besi sewaktu melangkah. Dalam masa yang sama, hati ini meronta-ronta kehendak untuk berjumpa dengan sahabatku. Sesekali melihat fail-fail laporan yang masih terbengkalai, toleh pula pada petak-petak jadual yang semestinya padat. Di tengah-tengahnya adalah wallpaper wajah-wajah sahabat rapatku.

Memandangkan selepas ini tiada kesempatan lagi untuk bersua, dek cuti musim panasku yang bakal terisi dengan kelas tambahan, aku teringin sangat untuk bersua mereka di Teikyou Universiti (perlawanan futsal pelajar Malaysia). Apatah lagi tahun depan, kami akan sibuk dengan persiapan untuk temuduga dan ujian prestasi, peluang-peluang itu akan semakin jauh lari jika tidak dikejar.



Lepas aku bace, kesian plak aku kat dia. Dah la nak gi jumpa member2. Pastu tak pasal2 kena cekup ngan polis jepun plak. Kena tuduh sebagai penjenayah. Sebab muka dia, bentuk badan dan baju (tu yang pelik, bleh plak penjenayah tu pakai baju yang sama.haha) sama dengan dia. Apa nak buat...kat negara orang, tak boleh la nak buat giller sangat. Papehal pon, tahniah kat beliau kerana dapat lepas. Nasib baik beliau pandai ngomong Japang (ckp jepun). Kalau aku la, camne la nak jawab.huhu..Cerita penuh, boleh baca kat tuan empunya blog..
http://sangpelangi.wordpress.com