Tuesday 5 June 2007

Camne Nak Forex?Macam Nie...

Uish..tension betul.Kelmarin internet down, semalam pon tak ok lagi. Nak cari duit pon tak senang la. =). Dengan kesungguhan yang ada, ke ‘down’ an internet di area rumah aku tak menjadi penghalang untuk aku terus berkongsi informasi-informasi berguna lagi membergunakan. Orang kata nak 1000 daye, tak nak tak bleh nak buat ape.haha(tak lawak). Okayla, tanak merepek lebih lanjut. Hari ni aku nak bagitau macam mana nak trade kat forex ni? Yela, dalam post yang lepas aku dok bebel-bebel pasal forex, menorex, morexla..tapi tak bagitau pon camne nak buatkan? Aku nak bagitau tapi…


Dengan ter ‘post’nya post aku yang lepas, harap jelaslah kat kalian semua ye tentang pendaftaran untuk memorex? Bukan susah pon kan? Klik je kat link yang aku bagi tu, kalian semua akan di bawa ke satu laman web. Kalau kalian semua ternampak muka makcik Bedah (bukan nama sebenar) berambut afro seperti gambar di bawah, dah betullah tu.


Pastu klik menu ‘Open Account’, isi form yang di sediakan. Lepas tu buka emel untuk pengaktifan, ikut je arahan yang pihak Marketiva hantar kepada kalian melalui emel.

Dengan menganggap kalian semua dah daftar, dah buat pengesahan(verification) dengan memuatnaik (upload) salinan IC dan surat nikah bil, dan meng ‘install’ platform Streamster dan login dengan hensemnya, mari kita mulakan sekarang.


Haaa..nampak gambar di atas? Cantek!!nampaknya kalian semua sudah bersedia untuk cari duit. Gambar di atas ialah pelayan Streamster Marketiva iaitu tempat aku dan kalian semua untuk cari duit. Bahagian yang aku tanda dengan nombor 1 tu ialah senarai pasangan matawang seperti USD/CHF,EUR/USD,USD/JPY dan sebagainya. Semua harga adalah dalam masa sebenar (real time) dan ia berubah hampir setiap saat.


Last: harga terkini

Bid : harga bila kalian sell

Offer: harga bila kalian buy

Change: perbezaan dengan harga pembukaan

High: Harga tertinggi

Low: Harga terendah

Warna : Merah – pasaran sedang turun
Hijau
– pasaran sedang naik
Hitam
– pasaran tak berubah


Bahagian yang nombor 2 tu adalah carta untuk membolehkan para trader untuk melakukan analisis untuk mengetahui pergerakan harga seterusnya. Bahagian nombor 3 ialah portfolio iaitu baki simpanan yang kalian ada untuk trade. Untuk permulaan kalian sepatutnya dapat melihat Live forex $5 dan Virtual forex $10000. Seterusnya, kalian boleh melihat order yang kalian buat dan position nya di bahagian nombor 4.


Sekarang jom enter trade. Mula-mula, pilih pasangan matawang yang kalian ingin trade (sebagai contoh EUR/USD). Dengan selambanya, klik pasangan EUR/USD tersebut di bahagian nombor 1. Dengan tiba-tiba, satu tetingkap bernama “Send Order” seperti gambar di bawah akan muncul.




Sekarang yang perlu kalian perhatikan ialah ruangan:


Buy/Sell: Buat pilihan untuk buy/sell (long/short) matawang.

Jika kalian yakin dan optimis bahawa harga pasaran akan terus naik, pilih buy begitulah sebaliknya. Dalam contoh di atas, aku Sell kerana yakin dan optimis yang EUR/USD akan turun setelah membuat beberapa analisis(akan diterangkan kemudian)


Quantity: Kuantiti yang akan kalian trade. Ia akan menentukan untung dan rugi kalian.

Formula yang aku gunakan ialah = 20% x modal x laverage
Katakan modal kalian ada $100, maka 20% x 100 x 200 = 4000

*formula ini hanyalah cadangan aku je. Kalian boleh guna formula sendiri jika mahu. Tapi JANGAN trade semua modal kalian kerana bimbang margin tidak mencukupi untuk menanggung kerugian semasa berlaku pergerakan pasaran.


Desk: Suka hati kalian nak pakai virtual atau live.


Klik OK jika dan hanya jika kalian sudah berpuas hati dan bersedia untuk pengesahan.


Kalian boleh melihat order dan position yang dimasukkan seperti di atas di dalam bahagian nombor 4. Beri perhatian pada point kalian pada setiap keadaan.

Hijau: Untung (+ve)
Merah: Rugi (-ve)

Close position kalian jika position kalian telah berwarna hijau.
Kalian juga boleh Close position pada bila-bila masa untuk mengelakkan kerugian yang melampau.





Kalian juga boleh setkan target dan stop loss (penting).



Biasanya aku akan target 10-15 point ke atas(jika Long/Buy) ke bawah(jika Short/Sell) dan stop loss 30 point ke bawah(jika Long/Buy) , ke atas(jika Short/Sell).

Target penting untuk Close position kalian secara automatik jika trend mengikut apa yang kalian trade.
Stop loss penting untuk Close position kalian jika trend sebaliknya.

Sekarang rasanya kalian sudah tahu asas-asas dalam menorex. Dalam post akan datang aku akan bagitau plak macam mana nak tahu masa yang sesuai untuk enter trade sama ada Sell kah atau Buy kah?Akan diterangkan tentang beberapa analisis carta untuk menjangka pergerakan pasaran seterusnya. Teruskan setia membaca dan mencari duit=) dan sebarang pertanyaan boleh komen di ruangan komen ye. Selamat cari duit..

4 comments:

Anonymous said...

Far_East, yg ni Skim Cepat Kaya juga ke? Minta maap la Ktom tak tahu nih...

Mine said...

Uish..Ktom nie.tak nampak ke ade logo kempen "Saya Benci Pelaburan Haram dan Skim Cepat Kaya" kat tepi tu..huhu..ni mesti tak bace kat http://faizbesh.blogspot.com/2007/05/mari-menorex-hasil.html nie.:D

Anonymous said...

hello bro.. bagus la pasal forex ni. aku ada gak minat2 nak blajar...hehe

Tapi kena ada egold dulu kan? :grin:

Camne ye..

Mine said...

Bagus soalan tu Kasyah. E-gold tu adalah salah satu cara nak deposit duit ke dalam akaun forex dan juga membawa keluar duit tu. Kalau tak pakai E-gold pon boleh guna kaedah wire-transfer(charge agak mahal) untuk membawa masuk dan keluar duit dari akaun forex. Kalau nak buka akaun E-gold boleh la klik kat tepi tu ada link ::Pautan Menarik::>Nak buka akaun E-gold
free je bukak akaun dia. Nanti aku post pasal E-gold plak kay..