Thursday 7 June 2007

Lagi-lagi Forex

Hehe..salam sejahtera kalian semua. Aku sekarang nie rasa tak selesa sebab harini bukan hari selasa<--tak lawak. Bukan ape, internet kat umah tu ha.down sindrom jek.ntah bile nak settle. tak dapatla aku nak morex sejak ari isnin aritu. cis!!takpela, internet ok nanti bleh la morex dengan hebatnya.


He..mungkin ada lagi yang taktau pasal forex nie. Forex ni bukanla skim cepat kaya. Sebabnye, duit yang ada kat akaun forex nie, bukan nye letak pastu tunggu lama2 pastu bertambah. Tak sama sekali. Kalau kalian ada $5 kat akaun, pastu 8 bulan later tgk kat akaun pon ada $5 gak. Ceritanya, kat forex nie kita akan membeli/menjual share yang ada kat satu2 country tu. Kalau macam saham, katala aku beli saham IOI sebanyak 8ratus unit semasa harga dia RM0.50 seunit, maknanya aku adalah salah seorang pemegang saham IOI sebanyak 8ratus unit x RM0.50 = RM400. Pastu secara tiba2 tak taula ape yang IOI buat, saham dia pon naik sampai harga RM1.00 seunit.Aku pon jual saham aku, so aku dapat 800 unit x RM1.00 = RM800. Kat sini aku dah untung RM800-RM400 = RM400.

Di forex, katela sekarang nie matawang USD tgh jatuh sampai 1USD = 3.0MYR(katekanla). Pastu aku pon beli(Buy) 4000unit x 3.0 = RM12000. So, sekarang nie aku ada 4000 unit USD/MYR. Pastu, beberapa saat kemudian, USD/MYR naik balik sampai 1USD = 3.1 MYR. Aku pon jual balik 4000unit yang aku beli tadi. Lepas aku jual balik dengan harga sekarang 4000unit x 3.1 = RM12400. Aku pon untung RM400. Begitula gamaknya. Tergamak aku kan.hehe..

Tapi, kat forex plarform yang aku guna sekarang ni,takdela pair USD/MYR tu. Yang ada seperti pair GBP/USD, EUR/USD, USD/CAD, dan sebagainya. Tapi konsep dia tetap sama macam yang aku terangkan macam contoh kat atas tu. Selain itu, aku juga boleh ambil untung atas kejatuhan suatu pair matawang tu dengan Short/Sell pair tersebut. Sama gak dengan short/sell dalam saham kot (En Aku tolong betulkan kalau salah..hehe)<--En Aku otai saham.


Sekali lagi, Forex ni bukannye skim cepat kaya. Tapi, mungkin boleh buat jadi kaya, boleh gak buat jadi papakedana. Untuk terlibat ngan forex ni memang kena belajar dan berilmu. Kalau main
gamble jek, memangla papakedana. Sebab tula ramai orang kata forex ni risiko tinggi. Tapi aku cuba reduce risk tu dengan belajar pasal forex. Memang aku akui, sebelum ni aku pon main gamble jek. Baca chart tak tau, analisis chart tak tau, main tibai jek. Sudahnye, ambik kau licin akaun.ngahaha<--yang ni rasenya lawak. Kat bawah tu adalah bentuk chart yang aku guna sebelum aku belajar apa2 (main tibai jek) , aku tengok graf yang berbentuk garisan pastu cuba teka ke mana lepas ni harga pergi :


Tapi lepas aku buat kajian, bacaan, pertanyaan dan lain2, aku dah dapat balik apa yang aku loss sebelum ini.. Yang bawah ni plak contoh chart(chart yang sama) lepas aku mendapat pengajaran. Aku gunakan chart style candle stick (Pakdi hasler dalam candle stick tp die tak morex, dia layan BSKL dah.hehe), dan juga indikator2 yang lain:



Kesimpulan awal yang boleh di buat ialah, tak kiralah nak buat apa pon, bisnes apa pon kena belajar dulu. Jangan kedekut dalam mencari ilmu dan jangan kedekut ilmu..hehe. Aku ada terbaca satu artikel Irfan Khairi:

Seringkali saya ditanya.
"Irfan, saya ada wang simpanan RM5000 yang boleh dilaburkan.
Di mana boleh saya laburkannya untuk mendapat pulangan tertinggi?"

Jawapan saya adalah: Laburkan pada ilmu.

p/s: aku nak post pasal analisis chart berdasarkan kaedah mencari Pivot point, Resistance point, dan tak lupa juga ampang point Support point. Pivot Calculator aku dah buat dah + dah letak pon kat tepi blog aku nie. Tunggu masa je nak guna..nantikan kemunculannya ye...:D

3 comments:

Anonymous said...

muahaha..lawak la paiz ni..hehe..
anyway blog yg sgt bermanfaat..mengajar aku sesuatu yg baru..ceh..skema lak..hehe
tu jela aku nk merepek kt blog ko..take care

Mine said...

ye2..betul2 bermanfaat,jadi manfaatkan la ia. Tp aku bukan badot yg buat lawak,tp serius nie.hehe..

Anonymous said...

Memang di Marketiva bisa dapet $5 gratis. Tapi untuk pemain yang serius dan berduit besar sebaiknya menggunakan broker yang diregulasi NFA. Silahkan kunjungi situs saya untuk mengetahui lebih lanjut soal broker di http://findngive.com