Monday 2 July 2007

PC aku Nak Memory Maya (Virtual Memory laaa)

He..dah lama tak post mende2 pasal PC optimizer. Yela, sebelum ni asyik pk Search Engine Optimizer jek untuk Cabaran SEO ....bla..bla..hehe. Hari ni nak post pulak PCO atau PC Optimizer (Suka2 hati aku jek bagi nama) he. Salah satu cara nak optimize kan performance PC ialah dengan menambah RAM atau nama sebenar beliau Random Access Memory. Kerja dia ialah simpan memory sementara (temporary) dari PC dihidupkan sehinggalah PC di shut down kan. Rasanya semua orang tau kot pasal RAM ni. So, tanak membebel2 pasal RAM. Kalau nak tau gak, tanya cikgu Komputer sekolah masing2. haha..


Nak tau tak? Ada sejenis benda kat PC kalian semua tu yang boleh berfungsi sebagai RAM? Tak tau? Alaa...buat2 tak tau konon. Takpe2 tau ke tak tau ke, aku tak peduli. Nak gak post ceritanya hari ini. Camni, benda tu ialah Virtual Memory. Fungsi die ialah untuk page file daripada RAM. Sebenarnya, bila kita multitasking contohnya, buka program Microsoft Word dan Email secara serentak, RAM akan menyimpan memory2 untuk membolehkan 2 program tu dijalankan dengan lancarnya. Dan bila dah banyak sangat Program nak dibuka dalam masa yang sama, tu yang RAM tinggal ciput je yang tinggal. So, untuk mengatasi masalah RAM yang semakin ciput semasa multitasking, bolehlah di tambah fizikal RAM di slot2 PC yang kosong tu. Beli jela RAM lagi satu, tambah RAM. Ala..duit banyak2 simpan buat apa? beli jela RAM.hehe


Berbalik kepada Virtual Memory tu, apakah itu vitual memory?fungsi virtual memory ialah page file dari RAM. Maksudnya, ia akan mengambil sebahagian daripada memory harddisk komputer untuk menyimpan RAM yang tengah sarat tu. Jadi, RAM yang dah tinggal ciput memorinya tadi pon telah mempunyai lebih ruang memori. Macam mana dan bagaimana nak setkan Virtual Memory?


Untuk meng'set'kan Virtual Memory ni:


1. Klik kanan kat ikon My Computer

2. Pilih Properties

3. Pastu, pilih tab Advanced dan klik pada Setting di bawah tajuk Performance(lihat gambar)



4. Pastu, gambar seperti di bawah pula menyusul, maka pilih Advanced dan klik kat Change di bawah tajuk Virtual Memory


5. Lepas tu, apa lagi? tukar jela nilai Virtual Memory tu mengikut sesedap rasa dan seenak bicara dengan mengklik pada radio button Custom Size


6. Lepas letak initial size dan Maximum size, jangan lupa tekan Set sebelum menekan OK atau nilai Virtual Memory tidak akan bertukar dan kerja anda menjadi sia-sia.

7. Dah settle semua step2, ulang langkah dari langkah 1 restart komputer dan lihatlah hasilnya.

p/s: Aku saje je tak kasi nilai initial size dan maximum size. Cuba teka apakah nilai yang sesuai?hahaha:D

1 comments:

Anonymous said...

bleh terang lg lnjut psl topik ni?