Sunday 24 June 2007

Lagi-lagi pasal Bicara Jutawan dan Wangcyber

Aduhai..apalah nak jadi dengan sumber media cetak kat malaysia ni. Kononnya nak hidangkan pembaca dengan informasi-informasi yang berguna. Kononnya laa...tapi sekarang ni, "indah khabar dari rupa" (pinjam ayat efun) Lagi-lagi isu melibatkan forum yang berinformasi dan berguna untuk semua iaitu Bicara Jutawan dan WangCyber

Entah apalah yang diorang nak sebenarnya. Publisiti kah? Atau untuk menghasut para pembaca supaya tidak terlibat dengan forum-forum tersebut? Forum-forum seperti yang disebutkan di atas menggalakkan lebih ramai Bumiputera untuk berjaya dan keluar dari RatRace (effect dari kelas cashflow.hehe). Mengapa ada pihak yang seolah-olah cuba menjatuhkan komuniti yang telah diwujudkan nie?kenapa sampai begitu dengki sangat mereka ini?bukankah mereka sendiri telah mempunyai perniagaan dan pelanggan yang tersendiri? Atau mungkin ada dalang di sebalik peristiwa dan kejadian ini? Tak cukup dengan Utusan, sekarang nie keluar pula kat Majalah i keluaran Julai 2007. Ulasan selanjutnya di Pakdi.net

0 comments: