Wednesday 27 June 2007

Method 2 - Parabolic SAR

Ye..mari2 semua, ada benda baru hari ni. Ye itu dia..satu lagi indipendent indicator yang bleh kita gunakan untuk menorex hasil2 bumi. Memperkenalkan..Parabolic SAR iaitu sejenis penyakit iaitu Severe Acute Respiratory syndrome, ye kepale hotak aku.haha tak lawak..sebenarnye, aku pon tak tawu ape makne nye, tau gune jek..hehe..

Parabolic SAR ni gunanya untuk menentukan ke 'power' an permulaan sesuatu trend dengan berpandukan titik-titik yang dihasilkan. Macam gambar kat bawah ni:




Nampak titik-titik kaler merah tu?Haa..itulah petanda penyakit SARS telah menyerang Parabolic SAR. Nak keluarkan Parabolic SAR dari tempat persembunyian dia camni, right klik kat carta forex tu, pastu pilih indicators seterusnya pilih la Parabolic SAR. Settle!!! kan keluar bende tu..tahniah kepada diri sendiri kerana berjaya keluarkan Parabolic SAR.

Cara guna dia plak, pepandaila camne korang nak guna pon.hahahariiniharirabu...macam ni la, cuba tengok betul-betul carta tu. Ala..tengok je pon dah tau nak guna kot Parabolic SAR ni. Macam gambar kat bawah ni, beza dengan gambar kat atas ialah gambar kat bawah ni aku dah lukis arrow warna biru,nampak tak?tak nampak sudah:



Arrow atau anak panah tu menunjukkan situasi yang sesuai samada untuk SELL atau pun BUY. Tapi, Parabolic SAR ni kengkadang memang dia gila sket. So, untuk memastikan signal yang ditunjukkan tu betul, tunggulah sampai titik yang ke 3 atau ke 4. Tapi tak boleh gak kalau nak guna Parabolic SAR seorang diri. Sebab kadang-kadang signalnya kurang tepat. Jadi, kenala guna indipendent indikator lain di samping Parabolic SAR tersayang..Paham? tak paham komen..Sekian terima kasih(ade efek bunyi applause).

0 comments: